Trip Gua Tempurung Ipoh

I'm back!..

Nak sambung story lagi..sebab tak sempat nak story sampai habis. Continue kisah journey saya selepas ke Tasik Cermin. Saya bergegas dengan suami ke Gua Tempurung. Masa sampai di sana kaunter tutup waktu rehat jadinya saya dan suami rehat rehat sambil minum air di sekitar kedai Gua Tempurung.

Untuk teroka Gua Tempurung nie ada beberapa stage ye, dari stage yang mudah sehingga stage paling mencabar. Saya dan suami hanya amik sampai stage dua sahaja so tak perlu menggunakan pakaian sukan tetapi kasut flat ye jangan plak korang pakai heel.

Best masuk gua tempurung nie sebab macam macam bentuk granit korang akan jumpa dengan bunyi bunyi dalam gua yang buat korang rasa..what kind of that? hehe! Jom review gambar kami


Pintu masuk ke Gua Tempurung, Pose dulu sebelum muka berpeluh

View stage 1..masa nie belum penat lagi

 Nie dah sampai separuh stage 1..boleh nampak view atas ke pintu masuk gua

Check point pertama. Macam hulubalang kan..haha! Rest sekejap sebab dah berpeluh dan bahang

Sampai je stage 2, kami u-turn semula. Untuk stage 1 dan 2 nie tak perlukan tour guide ye kecuali kalau korang nak adventure sampai stage 3 dan 4 sebab yang  nie akan menyusuri sungai dalam gua so pakaian pon kena pakaian sukan. Biasanya stage 3 dan 4 nie akan bergerak dalam kumpulan. So disebabkan kami berdua dan otw nak balik KL jadi kami amik pakej easy dan enjoy.

Ok laa itu je nak review pasal Gua Tempurung. Nak merasa masuk gua tapi tak nak yang adventure boleh laa cuba di sini. 



Trip Taman Rekreasi Gunung Lang - Tasik Cermin Ipoh

Salam semua..

Kali nie nak throwback juga story trip ke Ipoh last year. Cite nie bersambung dari part Trip Gold Coast Morib - Cameron Highland.

Ipoh nie tempat saya zaman belajar habiskan masa terluang dengan kekawan tapi Ipoh sekarang lebih maju dan tempat saya belajar sekarang sudah berubah dari pekan kecik ke pekan yang maju.

Ok..berbalik pada story. Lepas penat berjalan di Cameron Highland, kami menuju ke Ipoh. Cam biasa makan jangan lupa sebab aktiviti dekat sekitar Ipoh nie perlukan tenaga. Selesai breakfast kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Tempat saya dan pasangan yang tidak menjadi suatu ketika dahulu bercinta cintun..haha! Tapi sekarang saya bawa encik suami bercinta cintun di sini pula. Blurrrr

Depan pintu masuk Gunung Lang 

Macho laa cik abg nie posing. 

payung-payung yang tidak dijaga menampakkan ketidakaturan 

Semasa nak  masuk ke Gunung Lang, korang perlu menaiki bot dengan bayaran RM5 untuk ke taman rekreaksi. Dalam Taman Rekreasi tue ada mini zoo untuk burung unta tapi nak menapak ke burung untu tue jauh dan sunyi ye. 

Dah bosan berjalan gunung lang, kami terus ke Tasik Cermin a.k.a Tasik Tersembunyi. Actually tasik nie kalau nak cari key point dia adalah taman kuari ye. Masa kami cari tue pon ada perasaan ye ke idak ler nie. Hahaha. 

Ini adalah lorong nak masuk ke Tasik Tersembunyi.Scary! 

Ini pula view tasik.

Pantulan daripada air tasik tue seolah olah seperti cermin. Sebab tasik nie dilindungi oleh bukit bukit yang menyekat cahaya matahari. Masa duduk sini tak tahu kenapa bulu roma tegak semacam. Encik suami pon tak berapa selesa. Biasalaa tempat nie tak diketahui orang, yang tahu pon orang orang buat kuari kat situ. Di ingatkan pula, kalau nak masuk cini atas tanggungjawab sendiri ye sebab ini adalah kawasan persendirian. Andai korang terjatuh dalam tasik tue dan tiada sapa yang tahu saya tak boleh bayangkan. Serius!! 

Saya dan husband cepat cepat posing, cepat cepat kuar dari situ sebab panas tiada angin dan something weird. Ok la nanti saya continue story lain di Ipoh selepas ke Tasik Cermin.

Bye..




Trip Gold Coast Morib - Cameron Highland

Assalamualaikum..

 Setelah sekian lama tinggalkan dunia blogger. Sekarang baru kemaskini semula. Well malas cite panjang. Hari nie tetiba nak throwback trip cuti cuti husband and wifey nie. Kita jalan pusing Malaysia ja. Belum sampai target ke Oversea. Insyaallah ada rezeki lebih ada laa oversea. Hahaha

Actually trip nie since last year. Lepas husband habis rekrut baru dapat spend time together. Memandangkan tak dapat spend lama tue laa kami ke Gold Coast Morib dan Cameron Highland. Bile tiket Gold Coast Morib haritu kirim kakak masa pergi MATTA Fair. No bad laa..Bilik Cantik ada jakuzi..

 Disebabkan kami berdua nie masih belum dikurniakan anak so kami main dekat themepark GCM tue sekejap jelaa. Bosan! Last kami balik bilik spend time dalam jakuzi sambil pasang yonder music. Feeling habis!!

Nie gambar masa dekat lobby. Cantik wall tue kan.. 

Masa nie dah petang. Kami pusing pantai berdepan GCM. Malas nak join games! Mahal..

Posing ala retis. Depan pintu masuk Restaurant. Ada steamboat..pakej makanan so far tak mahal..


Puas berjalan sekitar GCM, kami pulang semula ke hotel sebab nak bersiap cari makan kat luar sekitar Banting! Pergi cari kedai ikan bakar. Sedap dan berbaloi tapi tak ingat plak nama kedai tue..huhu. Esok pagi kami check out dan terus shoot ke Cameron Highland. Actualy husband ajak bermalam di Cameron tapi saya dah planning bermalam di Ipoh. So Cameron just persinggahan sahaja. 

Encik suami fefeling gituw! hehe

Encik suami part amik gambar sometimes mmg i tabik! hipster gambar nie

excited dapat makan strawberry fresh walaupon mahal ckit tapi berbaloi baloi

Banyak tempat kami singgah kat Cameron tapi bagi saya Cameron nie ramai yang dah pergi. Repeatly pon adakan? So tak perlu la saya review lebih lebih..hehe.. dah penat berjalan di Cameron Highland jam tepat kul 6 petang kami turun ke Ipoh untuk check in. Apa kami buat kat Ipoh? 

Tunggu next story..