Trip Taman Rekreasi Gunung Lang - Tasik Cermin Ipoh

Salam semua..

Kali nie nak throwback juga story trip ke Ipoh last year. Cite nie bersambung dari part Trip Gold Coast Morib - Cameron Highland.

Ipoh nie tempat saya zaman belajar habiskan masa terluang dengan kekawan tapi Ipoh sekarang lebih maju dan tempat saya belajar sekarang sudah berubah dari pekan kecik ke pekan yang maju.

Ok..berbalik pada story. Lepas penat berjalan di Cameron Highland, kami menuju ke Ipoh. Cam biasa makan jangan lupa sebab aktiviti dekat sekitar Ipoh nie perlukan tenaga. Selesai breakfast kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Tempat saya dan pasangan yang tidak menjadi suatu ketika dahulu bercinta cintun..haha! Tapi sekarang saya bawa encik suami bercinta cintun di sini pula. Blurrrr

Depan pintu masuk Gunung Lang 

Macho laa cik abg nie posing. 

payung-payung yang tidak dijaga menampakkan ketidakaturan 

Semasa nak  masuk ke Gunung Lang, korang perlu menaiki bot dengan bayaran RM5 untuk ke taman rekreaksi. Dalam Taman Rekreasi tue ada mini zoo untuk burung unta tapi nak menapak ke burung untu tue jauh dan sunyi ye. 

Dah bosan berjalan gunung lang, kami terus ke Tasik Cermin a.k.a Tasik Tersembunyi. Actually tasik nie kalau nak cari key point dia adalah taman kuari ye. Masa kami cari tue pon ada perasaan ye ke idak ler nie. Hahaha. 

Ini adalah lorong nak masuk ke Tasik Tersembunyi.Scary! 

Ini pula view tasik.

Pantulan daripada air tasik tue seolah olah seperti cermin. Sebab tasik nie dilindungi oleh bukit bukit yang menyekat cahaya matahari. Masa duduk sini tak tahu kenapa bulu roma tegak semacam. Encik suami pon tak berapa selesa. Biasalaa tempat nie tak diketahui orang, yang tahu pon orang orang buat kuari kat situ. Di ingatkan pula, kalau nak masuk cini atas tanggungjawab sendiri ye sebab ini adalah kawasan persendirian. Andai korang terjatuh dalam tasik tue dan tiada sapa yang tahu saya tak boleh bayangkan. Serius!! 

Saya dan husband cepat cepat posing, cepat cepat kuar dari situ sebab panas tiada angin dan something weird. Ok la nanti saya continue story lain di Ipoh selepas ke Tasik Cermin.

Bye..




No comments:

Post a Comment